All Blogs

Latest Blog

Tips Mudah Menjaga Beg Tangan Kulit

Beg tangan yang diperbuat daripada kulit pastinya menjadi idaman ramai wanita kerana kualitinya yang lebih utuh, tahan lama dan pastinya tampak lebih mewah. Walaupun barangan yang diperbuat dari kulit tahan lasak namun ia masih lagi memerlukan penjagaan yang teliti. Namun, tidak ramai yang tahu cara yang betul untuk menjaga beg kulit.

Jadi di sini, Gogguv ingin kongsikan cara yang betul untuk menjaga beg yang diperbuat daripada kulit. 


Cara Mencuci

  • Cuci kotoran di atas beg kulit dengan menggunakan kapas dan pencuci khas untuk material kulit.
  • Pastikan anda mengelap beg kulit anda setiap hari. Anda hanya perlu mengelap dengan sekali sapuan sahaja untuk memastikan beg tangan anda tahan lama dan sentiasa tampak baru.

Cara Menjaga

  • Lembapkan kain dengan sedikit perapi dan sapu dengan lembut pada beg kulit anda. Ini dapat membantu untuk mengelakkan pengelupasan dan kedutan pada beg anda.
  • Lakukan proses ini setiap bulan untuk memastikan materal kulit beg anda sentiasa tampak berkilau.

 


Cara Menyimpan

  • Pastikan anda simpan beg kulit di dalam beg habuk dan penuhkan beg dengan bahan-bahan seperti kertas atau surat khabar untuk mengekalkan bentuk beg tersebut.
  • Jangan buang gel silika yang tersimpan di dalam beg habuk kerana ia membantu untuk mengelakkan masalah kulat.
  • Beg kulit anda perlukan udara sekali dalam dua minggu untuk membantutkan pertumbuhan kulat di sekitar beg kulit.


11 March, 2019
Tips memilih handbag ikut bentuk tubuh
Beg tangan adalah aksesori paling dekat dengan wanita kerana ia menjadi pelengkap gaya paling asas dalam berfesyen. Tapi malang sekali apabila kebanyakan wanita hanya sekadar memilih beg tangan kegemaran berdasarkan jenama tanpa mengambil kira faktor bentuk badan sendiri.

Anda sebenarnya perlu bijak untuk memastikan penampilan bukan saja tampak menarik tetapi aksesori pelengkap gaya yang dikenakan juga adalah seimbang dengan bentuk badan. Jom ikuti tips berikut sebagai rujukan:
                                   


Bertubuh kurus tinggi

  • Beg tangan jenis hobo iaitu pendek dan lebar paling sesuai.
  • Cuba elakkan beli shoulder bag jenis bertali pendek kerana ini akan kelihatan lebih rendah dari ketinggian sebenar.
  • Jenis tote sesuai menyerlahkan penampilan manakala jenis genggam juga tidak akan mengecewakan anda.

Bertubuh kecil

  • Beg yang besar memang tidak sesuai untuk mereka bertubuh kecil kerana akan menutup bentuk badan anda yang sudah sedia kecil.
  • Elakkan beg sandang di bahu dengan tali panjang kerana ia akan membuatkan anda nampak lebih rendah.
  • Beg tangan dari jenis tote cukup sesuai untuk menampakkan keseimbangan tubuh.



Bertubuh besar

  • Jika anda berbadan besar sebaiknya cari beg yang berbentuk bersegi dan bersaiz besar supaya tidak akan kelihatan lebih besar daripada beg yang dibawa.
  • Pastikan corak tidak terlalu kecil atau terlampau berwarna-warni.
  • Pilih beg jenis lembut atau berbentuk bulat kerana ia akan menampakkan tubuh anda lebih besar.

Shape atau jenis pir

  • Biasanya mereka bertubuh jenis ini memiliki masalah agak besar di bahagian pinggul dan kecil di bahagian dada. Sebolehnya cuba alihkan perhatian ke bahagian lain di atas.
  • Jenis tali pendek sesuai untuk anda melindungi bahagian dada yang kecil dan memberikan keseimbangan terhadap keseluruhan bentuk tubuh.
  • Perlu mengekal beg dari jenis sling kerana ia akan memberi perhatian di bahagian pinggul yang lebih besar.
10 May, 2018
Memilih Beg Tangan Bersesuaian Dengan Majlis
Wanita dan beg tangan memang tak boleh dipisahkan, tanpa beg tangan rasa tak lengkap gaya apabila keluar dari rumah.

Sekarang ni beg tangan bukan untuk isi barang-barang seperti bedak, minyak wangi, beg duit dan powerbank je uols, ia juga menjadi pelengkap gaya bagi seseorang wanita. Tapi, nak bergaya pun mesti ada ilmu. Janganlah main hentam je, nanti tak kena dengan majlis pula. So apa kata, anda ikuti tips yang kami sediakan di bawah ini sebagai panduan:

Majlis Rasmi &Makan Malam Eksklusif

 


  • Memadai tas tangan jenis ‘clutch’ iaitu tanpa tali penyandang bahu. 
  • Beg perlulah berbentuk nipis saja. 
  • Had kan barangan yang ingin dibawa. Bawa yang penting sahaja seperti kad pengenalan, kad tunai dan telefon bimbit. Jika anda ingin membawa alat solek, cukup sekadar membawa alat solek asas bagi memudahkan untuk menghiasi diri bila perlu ketika majlis seperti bedak padat dan gincu bibir.


Pejabat


  • Rekaan tidak keterlaluan.
  • Bersaiz sederhana besar - untuk membawa barangan penting sahaja
  • Harus mempunyai poket organisasi di dalam dan luar bagi memudahkan menyimpan barang.
  • Warna neutral yang terbaik dalam jenis berkulit licin atau berpaten.
  • Jenis kulit, tas bahu dan sandang adalah lebih ideal


Kasual & Santai 

 


  • Jika ingin berjalan di shopping mall , sesuai memakai beg tangan bercorak ranggi, berlabuci, berzip atau berpaten.
  • Jika untuk bersiar-siar, beg tangan jenis sandang di bahu tidak sesuai jika terlalu berat dan tidak selesa. Seeloknya, anda perlulah memilih beg bersaiz besar jenis kanvas atau denim.
10 May, 2018
5 Jenis Beg Yang Popular di Kalangan Wanita

1. Tote



Tote ialah beg tangan jinjing untuk membawa dan menyimpan lebih banyak barang berbanding kebiasaan seperti buku, kosmetik, gajet dan sebagainya.

Biasanya beg ini bersaiz besar atau sederhana besar dengan pegangan pada bahagian atas. Ia menjadi pilihan wanita yang gemar menyimpan banyak barang termasuk profesional yang memerlukan ruang menyimpan pelbagai barangan.


2. Satchel





Satchel ialah beg tangan bersaiz kecil dengan tali galas panjang. Masih boleh mengisi barangan tetapi dalam kuantiti atau saiz terhad. Lazimnya ia mempunyai rekaan kasual dengan 2 atau 1 tali di bahagian depan serta tali panjang untuk dijinjing.

Satchel paling sesuai untuk bersiar-siar, membeli-belah dan kegunaan harian. Ia menjadi pilihan wanita yang tidak mahu membawa terlalu banyak barang dan beg besar.

3. Clutch


Clutch ialah tas tangan kecil dan mudah dibawa. Ia memiliki reka bentuk cantik dan mewah, ada yang dihiasi labuci untuk menyerlahkan keanggunannya. Lazimnya, ia tanpa tali, tetapi berzip atau mempunyai penutup menarik, boleh dijadikan sebahagian aksesori ke majlis rasmi atau keramaian.

Wanita memilih clutch dalam warna tertentu khususnya hitam dan putih atau keemasan untuk dipadankan dengan gaun atau pakaian tradisional.


4. Crossbody atau Slingbag




Paling praktikal dan menjadi pilihan generasi muda. Crossbody atau slingbag juga dikenali sebagai beg silang. Ia mempunyai rekaan ringkas dan mudah.


Ia menggunakan bahan seperti kanvas dengan ruang penyimpanan sederhana tanpa banyak elemen remeh. Tali gantung yang boleh diubah suai kepanjangannya mengikut kehendak pengguna dan boleh digantung secara sisi atau silang. Ia menjadi pilihan gadis muda urban yang menggemari konsep kesederhanaan.

5. Backpack

.

Backpack atau beg galas menjadi pilihan aktiviti luar, tetapi juga boleh digunakan untuk acara formal dengan mengambil kira bahan pembuatan beg. Bentuknya sama seperti beg sekolah yang digalas, namun ia lebih feminin dan bergaya.

Bagi mereka yang tidak suka ‘memegang’ atau ‘menyandang’ beg di bahu, inilah pilihan paling sesuai. Ia mempunyai rekaan tersendiri sama ada bercorak atau kosong, menggunakan pelbagai bahan termasuk kulit. Juga digunakan untuk tujuan bersiar-siar, melancong atau menjelajah
10 May, 2018