Tips Mudah Menjaga Beg Tangan Kulit

Tips Mudah Menjaga Beg Tangan Kulit

Beg tangan yang diperbuat daripada kulit pastinya menjadi idaman ramai wanita kerana kualitinya yang lebih utuh, tahan lama dan pastinya tampak lebih mewah. Walaupun barangan yang diperbuat dari kulit tahan lasak namun ia masih lagi memerlukan penjagaan yang teliti. Namun, tidak ramai yang tahu cara yang betul untuk menjaga beg kulit.

Jadi di sini, Gogguv ingin kongsikan cara yang betul untuk menjaga beg yang diperbuat daripada kulit. 


Cara Mencuci

  • Cuci kotoran di atas beg kulit dengan menggunakan kapas dan pencuci khas untuk material kulit.
  • Pastikan anda mengelap beg kulit anda setiap hari. Anda hanya perlu mengelap dengan sekali sapuan sahaja untuk memastikan beg tangan anda tahan lama dan sentiasa tampak baru.

Cara Menjaga

  • Lembapkan kain dengan sedikit perapi dan sapu dengan lembut pada beg kulit anda. Ini dapat membantu untuk mengelakkan pengelupasan dan kedutan pada beg anda.
  • Lakukan proses ini setiap bulan untuk memastikan materal kulit beg anda sentiasa tampak berkilau.

 


Cara Menyimpan

  • Pastikan anda simpan beg kulit di dalam beg habuk dan penuhkan beg dengan bahan-bahan seperti kertas atau surat khabar untuk mengekalkan bentuk beg tersebut.
  • Jangan buang gel silika yang tersimpan di dalam beg habuk kerana ia membantu untuk mengelakkan masalah kulat.
  • Beg kulit anda perlukan udara sekali dalam dua minggu untuk membantutkan pertumbuhan kulat di sekitar beg kulit.


Add Comment