5 Jenis Beg Yang Popular di Kalangan Wanita

5 Jenis Beg Yang Popular di Kalangan Wanita

1. Tote



Tote ialah beg tangan jinjing untuk membawa dan menyimpan lebih banyak barang berbanding kebiasaan seperti buku, kosmetik, gajet dan sebagainya.

Biasanya beg ini bersaiz besar atau sederhana besar dengan pegangan pada bahagian atas. Ia menjadi pilihan wanita yang gemar menyimpan banyak barang termasuk profesional yang memerlukan ruang menyimpan pelbagai barangan.


2. Satchel





Satchel ialah beg tangan bersaiz kecil dengan tali galas panjang. Masih boleh mengisi barangan tetapi dalam kuantiti atau saiz terhad. Lazimnya ia mempunyai rekaan kasual dengan 2 atau 1 tali di bahagian depan serta tali panjang untuk dijinjing.

Satchel paling sesuai untuk bersiar-siar, membeli-belah dan kegunaan harian. Ia menjadi pilihan wanita yang tidak mahu membawa terlalu banyak barang dan beg besar.

3. Clutch


Clutch ialah tas tangan kecil dan mudah dibawa. Ia memiliki reka bentuk cantik dan mewah, ada yang dihiasi labuci untuk menyerlahkan keanggunannya. Lazimnya, ia tanpa tali, tetapi berzip atau mempunyai penutup menarik, boleh dijadikan sebahagian aksesori ke majlis rasmi atau keramaian.

Wanita memilih clutch dalam warna tertentu khususnya hitam dan putih atau keemasan untuk dipadankan dengan gaun atau pakaian tradisional.


4. Crossbody atau Slingbag




Paling praktikal dan menjadi pilihan generasi muda. Crossbody atau slingbag juga dikenali sebagai beg silang. Ia mempunyai rekaan ringkas dan mudah.


Ia menggunakan bahan seperti kanvas dengan ruang penyimpanan sederhana tanpa banyak elemen remeh. Tali gantung yang boleh diubah suai kepanjangannya mengikut kehendak pengguna dan boleh digantung secara sisi atau silang. Ia menjadi pilihan gadis muda urban yang menggemari konsep kesederhanaan.

5. Backpack

.

Backpack atau beg galas menjadi pilihan aktiviti luar, tetapi juga boleh digunakan untuk acara formal dengan mengambil kira bahan pembuatan beg. Bentuknya sama seperti beg sekolah yang digalas, namun ia lebih feminin dan bergaya.

Bagi mereka yang tidak suka ‘memegang’ atau ‘menyandang’ beg di bahu, inilah pilihan paling sesuai. Ia mempunyai rekaan tersendiri sama ada bercorak atau kosong, menggunakan pelbagai bahan termasuk kulit. Juga digunakan untuk tujuan bersiar-siar, melancong atau menjelajah

Add Comment